Wednesday, February 24, 2010

Ceramah Kerjaya Tahun 6

LAPORAN

Selasa ~ 23 Februari 2010

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan ceramah kerjaya kepada semua murid Tahun 6. Ceramah ini berlangsung selama satu jam, bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Semua murid tahun 6 berkumpul di makmal ICT. Penceramah jemputan dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis Pn. Che Sehal bt. Hamzah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Semua murid diberikan pendedahan tentang kerjaya iaitu pengenalan mengenai kerjaya contohnya syarat-syarat kerjaya sebagai guru, polis,jurutera dan banyak lagi kerjaya lain.
Murid juga diberikan soalan kuiz yang berkaitan dengan kerjaya, dan murid yang berjaya menjawab diberikan cenderahati dari pihak Jabatan Tenaga Kerja.

*Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini *

Tuesday, February 9, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas 2010

LAPORAN

Sabtu - 16 Januari 2010

Unit Disiplin dan Pengawas bersama Unit Bimbingan&Kaunseling telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas 2010. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 97 orang pengawas dan pemimpin murid SKS. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan kepimpinan kepada semua pengawas dan pemimpin murid dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Ceramah kepimpinan disampaikan oleh penceramah jemputan En. Nazri b. Baharin, guru B&K Cemerlang dari SK. Bintong. Terdapat 2 slot pengisisn kursus ini, iaitu slot 1, ceramah kepimpinan dan slot ke 2, LDK Menjawab Soalan dan Praktikel/Amali dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin murid. Kursus ini dirasmikan oleh PK HEM, mewakili Tuan Guru Besar SKS.
Semua peserta yang hadir diberikan sijil penyertaan oleh pihak sekolah dan disampaikan oleh PK HEM En. Ku Hasni bin. Ku Mahamud.

* Syukran Jazillan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kepimpinan ini *





Sunday, February 7, 2010

Ceramah Kemahiran Belajar Tahun 6






LAPORAN

06 Februari 2010 ~ Jumaat

Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama ajk guru-guru Tahun 6 telah menganjurkan Ceramah Teknik Belajar kepada semua murid tahun 6 sk santan. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar tahun 6 cara dan teknik belajar yang betul dan berkesan untuk menghadapi UPSR. Ceramah ini dikendalikan oleh guru B&K SK Santan bersama-sama guru praktikum B&K IPGM Ps.Pengisian ceramah ini ialah slot 1, ceramah dan motivasi dan slot ke 2 LDK yang melibatkan semua murid Tahun 6. Diharap pelajar-pelajar tahun 6 yang mengikuti ceramah ini mendapat tips-tips yang berguna untuk mencapai teknik belajar yang berkesan. Insyaallah...
T.Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Friday, February 5, 2010

Perjumpaan Ibu Bapa dan Waris Tahun 6 kali 1






Sabtu ~ 06 Februari 2010

Perjumpaan ibu bapa dan waris tahun 6 kali 1 ini telah diadakan di kantin sk santan.
Semua ibu bapa dan waris tahun 6 dijemput hadir untuk sama-sama berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah dan memberi peluang untuk bersoal jawab dengan guru-guru tahun 6 berkaitan dengan prestasi anak-anak mereka. Majlis ini mendapat sambutan yang baik dan memberangsangkan dari semua ibu bapa tahun 6 dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Diharap segala usaha murni pihak sekolah bersama sokongan padu ibu bapa dapat menaikkan prestasi kecemerlangan UPSR tahun ini di samping sama-sama dapat mendidik anak-anak ini menjadi insan yang soleh. Insyaallah...

T.Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.